Sunday, 17 August 2014

Persawat MH 17..

Mungkin kerana terlalu banyak kerja kursus sehingga aku tidak menyedari bahawa malaysia dilanda masalah itu Kehilangan Persawat MH 17....aku berasa terkejut ketika mendengar berita tersebut.Hatiku macam nak meletup sebab mendengar berita persawat MH 17 ditembak jatuh di Ukraine pada 17 julai yang lepas...


Pemilihan negara perbicaraan bergantung keputusan siasatan




KUCHING: Pemilihan negara yang akan mengendalikan proses perbicaraan dalang nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lepas perlu dipertimbangkan sebaik mungkin bagi memberi faedah kepada semua mangsa dari negara terlibat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri turut menjelaskan Malaysia dan Ukraine bukan anggota Mahkamah Jenayah Anrabangsa (ICC), berbanding Belanda yang merupakan anggota ICC.

 "Negara perbicaraan masih belum ditentukan lagi, masih bergantung kepada keputusan siasatan lagi. Jika keputusan siasatan mendapati lebih baik dilakukan (perbicaraan) di Malaysia, dalang akan didakwa di negara ini.

"Kalau keputusan siasatan mendapati lebih baik didakwa di negara lain terutama Belanda, jadi kita serahkan kepada Belanda, yang penting keputusan memilih negara perbicaraan akan memberi faedah semua mangsa nahas tersebut," katanya.






PENYIASAT Australia dan Belanda memeriksa serpihan pesawat MH17 berhampiran Hrabove yang terletak 100 Km dari Donetsk, Ukraine, pada 1 Ogos. FOTO EPA


Mengulas lanjut, Nancy bagaimanapun berkata, Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang kini mewakili Malaysia dalam jawatankuasa menyiasat nahas MH17 itu tetap mengkaji pilihan terbaik sama ada mengambil tindakan membicarakan dalang di dalam atau luar negara.


"Walaupun Malaysia bukan anggota ICC, tindakan terhadap dalang masih boleh dilakukan di negara ini. Kita ada peruntukan tertentu antaranya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Pustaka Negeri Sarawak, Petra Jaya, hari ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu, Nancy turut menyaksikan Amanah Raya Berhad turut menyumbangkan sebuah van jenazah kepada Masjid Daerah Simunjan dan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Simunjan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/03

Saturday, 16 August 2014

Kerja Kursus Pertama Diriku

Sebulan sudah berlalu.ini kali pertama aku menerima kerja kursus secara individu..pelbagai masalah memuncul ketika aku ingin menyiapkan kerja kursusku..akhirnya aku dapat menyiapkan kerja kursus yang diberi dengan sempurna.Alhamdulillah.....

Dibawah inilah kerja kursusku yang pertama


Nama : Muhammad Tazri Bin Abdullah
No.Matrik : S21075
Nama Prof : Dr Nur Mastini binti bujang

Pengenalan
Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian pada masa kini adalah pertanian sara diri dan tradisional.penggunaan teknologi barumembangunkanpotensi pertanian di Malaysia yang semakin pesat ini. Dengan penggunaan teknologi baharu  semua pekerjaan pertanian dapat diselesaikan dengan cepat dan mendapat hasil yang terbaik.
Tujuan
Mekanisasi Pertanian Keberkesanan

pengunaan mekanisasi atau jentera secara menyeluruh. Ia juga menyelaraskan keperluan pertanian untuk meningkatkan hasil.proses meningkatkan tahap mekanisasi dan automasi ladang adalah perlu diutamakan.

Infrastruktur Pertanian Persekitaran

Kemudahan infrastruktur amat penting untuk memajukan sektor pertanian supaya lebih pesat dan memudahkan para petani melakukan pekerjaannya.

Teknologi Pertanian Keselamatan

Keselamatan penggunaan teknologi pertanian juga memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan diri semasa menggunakan teknologi tersebut.


Takrif
Mekanisasi pertanian adalah aplikasi prinsip kejuruteraan dan teknologi dalam pengeluaran , pengendalian dan pemprosesan hasil pertanian.

Melibatkan penggunaan mesin pada keseluruhannya atau sebahagiannya untuk menggantikan tenaga manusia dan haiwan.

Mekanisasi tidak terhad kepada penggunaan traktor atau peralatan bermotor sahaja tetapi juga melibatkan sebarang alat yang membantu dalam menjalankan aktiviti pertanian.

Objektif
Menjadikan kerja ladang lebih menarik dan senang dilakukan , Meningkatkan produktiviti pekerja , Meningkatkan hasil tanaman.

Faedah
Menjimatkan masa.
Penggunaan teknologi dapat menjimatkan masa para petani dalam melakukan pekerjaan.

Menjimatkan kos.
Majikan tidak perlu risau tentang pemberian gaji untuk para petani kerana dengan menggunakan teknologi masa selesai adalah cepat dan teliti.

Menepati masa.
Kerja-kerja penanaman dapat dilakukan dengan mudah dan menepati masa yang telah ditetapkan serta mendapat hasil yang berkualiti tinggi.


Jentera terkini
Kegunaan jentera pada zaman sekarang meningkatkan lagi hasil pertanian di Malaysia.pelbagai jenis jentera telah dihasilkan demi untuk memajukan sektor pertanian.tetapi banyak faktor yang tidak membolehkan jentera ini digunakan di Malaysia.contohnya faktor kos.kos jentera yang terlalu mahal menyebabkan Negara kita tidak mampu membelinya.selain itu, faktor persekitaran.faktor ini haruslah diambil perhatian kerana menjamin keselamatan penggunaan jentera di Negara ini. (appendik 1)


Pengenalan Mimos
Program tersebut terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.Bagi program jangka masa pendek,MIMOS menumpukan perhatian   kepada usaha mewujudkan system pendigitalan di bidang pertanian.Objektifnya adalah bagi menambah baik hasil keluaran sama ada di bidang agrikultur mahupun akuakultur seperti buah-buahan, sayur-sayuran,haiwan ternakan dan perikanan.Manakala bagi jangka masa pertengahan, program tersebut mampu menaik taraf.proses dan sistem pemantauan pencemaran alam sekitar, air,udara dan juga tanah.Selain itu, menerusi program yang sama, proses pemantauan boleh dilaksanakan secara automatik.(appendik 2)





Huraian Mimos

MENURUT kajian Perbadanan Penyiaran British (BBC), industri penderiaan (sensor device) akan mencecah nilai RM274.5 bilion pada tahun 2016 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 7.8 peratus dalam jangka masa lima tahun.
Pasaran bagi penderia-bio akan terus berkembang sehingga mencecah RM42 juta (kajian Frost & Sullivan).
Berdasarkan fenomena tersebut, sekumpulan penyelidik MIMOS telah menjalankan kajian khas untuk menghasilkan penderia istimewa dan berjaya menghasilkan Mi-MSCAN TpH.
Mi-MSAN TpH merupakan sebuah penderia yang didakwa sebagai Ion-Sensitive Field Effect Transistor (ISEFT) pertama di dunia.
Menurut Pengarah Pemprosesan Teknologi dan Pembungkusan MEMS, NEMS, Saat Shukri Embong, Mi-MSAN TpH merupakan gabungan dua penderia untuk mengesan suhu dan keasidan (pH).
“Penderia ini amat sesuai untuk digunakan bagi memantau suhu dan keasidan sesebuah kawasan (outdoor monitoring) dalam jangka masa yang lama.
“Malah, penderia yang dihasilkan sesuai untuk digunakan di kedua-dua sektor, agrikultur dan akuakultur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memperkenalkan teknologi tersebut di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Saat Sukri, Mi-MSAN TpH direka khas agar tahan lasak kerana MIMOS menyasarkan penggunaannya di kawasan yang agak mencabar dari segi iklim dan suasana.
Untuk memudahkan penggunaan mudah alih, penderia tersebut hanya menggunakan bateri biasa yang mudah didapati dipasaran.
Antara objektif utama penggunaan penderia Mi-MSAN TpH di sektor agrikultur dan akuakultur adalah untuk meningkatkan hasil keluaran melalui pengumpulan data yang lebih tepat.
Data yang diperolehi mampu membantu proses R&D dalam kedua-dua sektor berkenaan sekali gus membantu saintis memperbaiki sistem yang sedia ada ke tahap yang lebih baik.
Apa yang pasti jika sistem serta kajian yang terbaik dilakukan pasti hasil yang akan diperolehi juga akan berlipat kali ganda.
Dalam pada sama, konsep asas penderia tersebut bukan sahaja boleh digunakan pada sektor pertanian dan perikanan sahaja malah ia juga turut boleh digunakan untuk memantau keadaan alam sekitar.
Konsep yang penderia yang sama juga boleh digunakan untuk mengesan kehadiran bahan-bahan pencemaran sama ada di sungai, air bawah tanah mahupun udara.
Melalui data yang diperolehi menerusi penderia yang dihasilkan, para penyelidik juga mampu mengesan kewujudan bakteria, bahan-bahan toksik dan tercemar.
Malah, ia juga boleh digunakan untuk memantau unit penyimpanan bahan makanan, buah-buahan serta sayur-sayuran.
Penderia Mi-MSAN TpH, lahir daripada program Ubiquitous NEMS-based Sensor Network and Solutions yang diwujudkan oleh MIMOS bagi meningkatkan daya saing teknologi secara sihat dalam negara.
Program tersebut terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.
Bagi program jangka masa pendek, MIMOS menumpukan perhatian kepada usaha mewujudkan sistem pendigitalan di bidang pertanian.
Objektifnya adalah bagi menambah baik hasil keluaran sama ada di bidang agrikultur mahupun akuakultur seperti buah-buahan, sayur-sayuran, haiwan ternakan dan perikanan.
Manakala bagi jangka masa pertengahan, program tersebut mampu menaik taraf proses dan sistem pemantauan pencemaran alam sekitar, air, udara dan juga tanah.
Selain itu, menerusi program yang sama, proses pemantauan boleh dilaksanakan secara automatik.
Kebaikan program Ubiquitous NEMS-based Sensor Network and Solutions adalah di bidang kesihatan.
Sistem itu membantu serta memperbaiki sistem pemantauan kesihatan sedia ada dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan perubatan menerusi pemantauan kesihatan setiap individu.
Teknologi juga dicipta agar lebih mudah diatur gerak bersama sistem pengurusan yang lebih cekap.
Secara umumnya, bidang teknologi penderiaan yang sedang dibangunkan oleh MIMOS kini bakal merangkumi kehidupan seharian masyarakat sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Dalam menjadikan program tersebut realiti, MIMOS kini sedang membangunkan pelbagai jenis penderia lain yang memiliki pelbagai kegunaan.
Antaranya, penderia kelembapan berstruktur nano (Nanostructured Humidity Sensor) yang merupakan gabungan beberapa bahan nano yang sangat sensitif kepada kelembapan.
Teknologi tersebut dilihat amat sesuai di gunakan dalam bidang agrikultur, alam sekitar dan kesihatan.
Seterusnya penderia bagi mengesan tahap kelarutan oksigen (DO) yang mana boleh digunakan dalam proses pemantauan bidang akuakultur dan kesihatan.
Mengunakan kaedah elektrokimia, penderia larutan oksigen dilengkapi elektrod platinum (Pt) dan perak (Ag) bagi memudahkan penderia mengesan kehadiran larutan oksigen.
Antara penderia lain yang turut dicipta adalah pengesan larutan amonia (DHM3) untuk kegunaan pemantauan sektor akuakultur, alam sekitar, serta kesihatan.
Bagi penderia bagi mengesan larutan amonia (DHM3), pengkaji MIMOS menggunakan kaedah penderia kimia silikon IDE.
Bagi penderia karbon diokside (CO2) yang dihasilkan menerusi bahan nano (nanomaterial), ia juga dicipta untuk kegunaan agrikultur dan pemantauan alam sekitar.
Terakhir, penderia untuk mengesan tekanan darah tinggi (BP) yang memiliki sensitiviti tinggi yang dibina berdasarkan ‘Diaphragm-based Highly Sensitive NEMS Pressure Sensor Platform.
Teknologi yang dibangunkan tersebut akan diaplikasikan dalam sistem pemantauan Smart Wearable Blood Pressure Monitoring System untuk kegunaan dalam bidang kesihatan.
Penghasilan ciptaan sahaja tidak mencukupi andai produk tersebut tidak mampu berfungsi dengan baik seperti yang diuar-uarkan.
Terdapat beberapa penderia yang dicipta oleh MIMOS telah digunakan dan keputusan yang diterima amat memuaskan.
Antaranya, sebahagian penderia tersebut telah digunakan dalam kajian Sistem Pengurusan Pendebungaan Pintar (IPMS) yang diterajui oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Tekam, Pahang.
Selain itu, penderia kelembapan tanah, kelembapan udara, suhu, pH dan kekonduksian telah pun digunakan diladang-ladang sayuran menerusi Sistem Pengurusan Rumah Hijau E&E Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) yang terdapat di Setiu, Terengganu, Kepala Batas, Pulau Pinang dan Tuaran, Sabah untuk kajian peningkatan hasil pengeluaran tanaman.
Apa yang pasti, menjadi salah sebuah pusat inovasi dan R&D untuk teknologi ICT bertaraf antarabangsa, MIMOS kini sedang berada di barisan hadapan.
MIMOS merupakan harapan negara dalam membangunkan produk inovasi ICT sekali gus menjadi peneraju dalam pengkomersialan teknologi tempatan yang mana mampu meningkatkan ek


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20130121/st_02/Teknologi-penderia-MIMOS#ixzz37qHGZZiK
© Utusan Melayu (M) Bhd



Faktor-faktor yang telah disenaraikan tentang ‘mengapakah sesetengah teknologi tidak boleh digunakan di Malaysia secara aktif.

Faktor Yang Menghadkan Mekanisasi Pertanian
Faktor fizikal- kawasan curam, tanah lembut,ladang kecil dan bertaburan, kawasan terpencil.

Faktor kos– harga jentera mahal, sukar mendapa tkemudahan kredit bank.

Faktor teknikal– kurang mengetahui ciri-ciri jentera yang sesuai, pengendali yang kurang mahir, kurang perkhidmatan sokongan seperti agen penyelenggaraan dan alat ganti, tiada perkhidmatan selepasjualan.

Faktor tanaman – Pertumbuhan tidak seragam,tempoh untuk hasil masak tidak serentak.

Faktor fizikal:

Jenis tanah

Tanah curam – kawasan pertanian di lereng bukit,Tanah lembut dan dalam - seperti kawasan sawah di
Kerian, Perak.


Saiz ladang kecil

Tiada kemudahan jalan ladang – kedudukan kawasan yang
terpencil.Tanah terlalu keras / melekit – perlu penggunaan jentera
besar dan mungkin tidak ekonomik.


Appendiks

Appendik 1 : Jentera terkini






Appendiks 2 : Mimos



Rujukan


•    http://www.mimos.my
(pengenalan terhadap teknologi baharu dalam bidang memeriksa pH,pada tarikh 21/01/2013)

•    http://yusoffzaky.blogspot.com
(Gambar teknologi terkini yang boleh digunakan di Malaysia tapi tidak terlalu aktif)

•    http://www.theborneopost.com
Utusan Borneo,Berita Sarawak
(menceritakan tentang’Jurutera bantu aplikasi teknologi majukan pertanian negara’ pada tarikh 11/01/2014,Hari Rabu.)





Wednesday, 13 August 2014

KeSeDIhAn BErJauHan DeNGan KELuArGA..

Hari Pertama

Pertama kali aku menjejak kaki di tempat orang yang berjauhan dari rumahku..dari dalam hatiku aku berasa sedih kerana tidak dapat melihat wajah keluargaku kerana mereka terlalu jauh..dari tempat yang aku berada sekarang..Tempat yang sekarang aku jejaki "hujan lebat dan angin sangat kencang sekali" 
bermula kisahku.....


Pelangi merupakan fenomena optik dan meteorologi yang menghasilkan spektrum cahaya (hampir) selanjar di langit apabila matahari bersinar semasa hujan turun. Ia merupakan satu lengkung yang berwarna-warni dengan warna merah di lengkung paling luar dan ungu di lengkung paling dalam. Mengikut urutan, warnanya ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

 

Pelangi dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titik air di udara. Sebab itulah pelangi selalu dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkung (bulat) kerana titisan air di udara berbentuk bulat/sfera. Namun biasanya bahagian bawah pelangi itu "terlindung" oleh bumi. Fenomena pelangi ini juga boleh dilihat dengan membelakangi matahari dan menyembur air pada hari yang cerah.



Cerpen


Hujan…


Memang tak terlalu deras, tapi sudah cukup untuk membuat seragam ku basah setidaknya aku sendirian, aku menyukai hujan tapi bukan karena aku menyukai basahnya aku hanya menyukai airnya yang perlahan membasahi tubuh ini.. Tak ada yang bisa melihat tangis ku kan?


Ternyata benar tentang apa yang sering dikatakan orang-orang


“menyembunyikan daun harus di tengah hutan.. Dan menyembunyikan tangis harus di tengah hujan”


Seandainya waktu dapat berputar kembali…


Tapi tidak mungkin kan?


Karena air yang mengalir pun tak akan berhenti untuk mengikuti takdirnya, menangis ku memang tak ada gunanya


Sepi, sunyi, senyap dan sendiri… Terlalu munafik jika ku berkata tengah takut disini, karena kata-kata itulah yang telah mendarah daging pada tubuh orang kesepian ini, ayah dan ibu apa kalian bahagia disana? Tanpa aku? Yah diriku seorang yang pembawa masalah? Pasti kalian bahagia kan?


Hujannya semakin deras.. Seperti tengah mendukung kegiatan ku untuk menangis lebih keras..


“kaori…” panggil sebuah suara yang amat ku kenal tengah menyebut nama ku, charli itulah dia


“apa yang kau lakukan disini?” lanjutnya lagi


“pergi..” ucapku


“hei kaori… Apa kau tahu makna dibalik nama mu itu?”


ucapnya


Jujur aku tidak tahu dan aku tidak terlalu berminat untuk tahu, ayah dan ibuku juga tidak pernah memberitahukannya pada ku, kenapa? Tentu karena mereka tidak disini, mereka meninggalkan ku, sendirian…


“kuat…” ucapnya seolah dia yang mengerti semuanya


Aku tertegun sesaat


“mereka ingin kau kuat.. Mereka ingin mewujudkan melalui nama pendek mu itu..” ucapnya meyakinkan


“mereka ingin ku kuat? Nyatanya aku memang sudah kuat.. Aku di dunia ini sendiri… Mereka pergi..” ucapku dengan linangan air mata yang tersamar oleh air hujan.


“sudahlah jangan menangis.. Itu tidak cocok untuk mu” ucapnya sungguh menyebalkan


“…” aku hanya diam


“apa kau tahu… Setidaknya kau hargai nama itu.. Karena mereka sungguh menyayangi mu.. Dan karena mereka menyayangi mu lah mereka tidak membawa mu pergi bersama mereka”


Aku diam saja


“mereka masih ingin kau menikmati hidup… Bersemangatlah.. Karena akan ada pelangi setelah hujan” ucapnya


“maaf tapi sepertinya aku tidak mempercayainya… Karena kebahagiaan ku telah tersesat untuk menemukan ku….”


“tersesat? Carilah mereka! Dan arahkan kepada jalan yang benar! Hidup mu masih panjang.. Masa lalu? Tataplah lurus ke depan dan jadikan yang lalu pelajaran.. Hidup cuma sekali kau sia-siakan maka kau akan menyesal sesudah mati..!” ucapnya separuh berteriak


“apa aku dapat mempercayai mu?”


“apa?”


“tentang pelangi sesudah hujan?”


“hem.. Percayalah…” ucapnya


Yang kemudian hujan reda secara perlahan yang setelah itu disambut dengan sinar yang nampak datang dengan malu-malu bersama sebuah senyuman dari pelangi.

“aku percaya” ucapnya sambil menatap pelangi itu

Cerpen Karangan: Rahimatus Sania