Sebulan sudah berlalu.ini kali pertama aku menerima kerja kursus secara individu..pelbagai masalah memuncul ketika aku ingin menyiapkan kerja kursusku..akhirnya aku dapat menyiapkan kerja kursus yang diberi dengan sempurna.Alhamdulillah.....
Dibawah inilah kerja kursusku yang pertama
Nama : Muhammad Tazri Bin Abdullah
No.Matrik : S21075
Nama Prof : Dr Nur Mastini binti bujang
Pengenalan
Sektor pertanian telah memainkan peranan
penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Kegiatan pertanian
pada masa kini adalah pertanian sara diri dan tradisional.penggunaan teknologi
barumembangunkanpotensi pertanian di Malaysia yang semakin pesat ini. Dengan
penggunaan teknologi baharu semua pekerjaan pertanian dapat diselesaikan
dengan cepat dan mendapat hasil yang terbaik.
Tujuan
Mekanisasi Pertanian Keberkesanan
pengunaan mekanisasi atau jentera secara
menyeluruh. Ia juga menyelaraskan keperluan pertanian untuk meningkatkan
hasil.proses meningkatkan tahap mekanisasi dan automasi ladang adalah perlu
diutamakan.
Infrastruktur Pertanian Persekitaran
Kemudahan infrastruktur amat penting untuk
memajukan sektor pertanian supaya lebih pesat dan memudahkan para petani
melakukan pekerjaannya.
Teknologi Pertanian Keselamatan
Keselamatan penggunaan teknologi pertanian
juga memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan diri semasa
menggunakan teknologi tersebut.
Takrif
Mekanisasi pertanian adalah aplikasi
prinsip kejuruteraan dan teknologi dalam pengeluaran , pengendalian dan
pemprosesan hasil pertanian.
Melibatkan penggunaan mesin pada
keseluruhannya atau sebahagiannya untuk menggantikan tenaga manusia dan haiwan.
Mekanisasi tidak terhad kepada penggunaan
traktor atau peralatan bermotor sahaja tetapi juga melibatkan sebarang alat
yang membantu dalam menjalankan aktiviti pertanian.
Objektif
Menjadikan kerja ladang lebih menarik dan
senang dilakukan , Meningkatkan produktiviti pekerja , Meningkatkan hasil
tanaman.
Faedah
Menjimatkan masa.
Penggunaan teknologi dapat menjimatkan
masa para petani dalam melakukan pekerjaan.
Menjimatkan kos.
Majikan tidak perlu risau tentang
pemberian gaji untuk para petani kerana dengan menggunakan teknologi masa
selesai adalah cepat dan teliti.
Menepati masa.
Kerja-kerja penanaman dapat dilakukan
dengan mudah dan menepati masa yang telah ditetapkan serta mendapat hasil yang
berkualiti tinggi.
Jentera terkini
Kegunaan jentera pada zaman sekarang
meningkatkan lagi hasil pertanian di Malaysia.pelbagai jenis jentera telah
dihasilkan demi untuk memajukan sektor pertanian.tetapi banyak faktor yang
tidak membolehkan jentera ini digunakan di Malaysia.contohnya faktor kos.kos
jentera yang terlalu mahal menyebabkan Negara kita tidak mampu
membelinya.selain itu, faktor persekitaran.faktor ini haruslah diambil
perhatian kerana menjamin keselamatan penggunaan jentera di Negara ini.
(appendik 1)
Pengenalan Mimos
Program tersebut terbahagi kepada tiga
bahagian utama iaitu jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.Bagi program
jangka masa pendek,MIMOS menumpukan perhatian kepada usaha
mewujudkan system pendigitalan di bidang pertanian.Objektifnya adalah bagi
menambah baik hasil keluaran sama ada di bidang agrikultur mahupun akuakultur
seperti buah-buahan, sayur-sayuran,haiwan ternakan dan perikanan.Manakala bagi
jangka masa pertengahan, program tersebut mampu menaik taraf.proses dan sistem
pemantauan pencemaran alam sekitar, air,udara dan juga tanah.Selain itu,
menerusi program yang sama, proses pemantauan boleh dilaksanakan secara
automatik.(appendik 2)
Huraian Mimos
MENURUT kajian Perbadanan Penyiaran British
(BBC), industri penderiaan (sensor device) akan mencecah nilai RM274.5 bilion
pada tahun 2016 dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 7.8 peratus dalam
jangka masa lima tahun.
Pasaran bagi penderia-bio akan terus
berkembang sehingga mencecah RM42 juta (kajian Frost & Sullivan).
Berdasarkan fenomena tersebut, sekumpulan
penyelidik MIMOS telah menjalankan kajian khas untuk menghasilkan penderia
istimewa dan berjaya menghasilkan Mi-MSCAN TpH.
Mi-MSAN TpH merupakan sebuah penderia yang
didakwa sebagai Ion-Sensitive Field Effect Transistor (ISEFT) pertama di dunia.
Menurut Pengarah Pemprosesan Teknologi dan
Pembungkusan MEMS, NEMS, Saat Shukri Embong, Mi-MSAN TpH merupakan gabungan dua
penderia untuk mengesan suhu dan keasidan (pH).
Penderia ini amat sesuai untuk digunakan
bagi memantau suhu dan keasidan sesebuah kawasan (outdoor monitoring) dalam
jangka masa yang lama.
Malah, penderia yang dihasilkan sesuai
untuk digunakan di kedua-dua sektor, agrikultur dan akuakultur," katanya.
Beliau berkata demikian ketika
memperkenalkan teknologi tersebut di Taman Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur
baru-baru ini.
Jelas Saat Sukri, Mi-MSAN TpH direka khas
agar tahan lasak kerana MIMOS menyasarkan penggunaannya di kawasan yang agak
mencabar dari segi iklim dan suasana.
Untuk memudahkan penggunaan mudah alih,
penderia tersebut hanya menggunakan bateri biasa yang mudah didapati dipasaran.
Antara objektif utama penggunaan penderia
Mi-MSAN TpH di sektor agrikultur dan akuakultur adalah untuk meningkatkan hasil
keluaran melalui pengumpulan data yang lebih tepat.
Data yang diperolehi mampu membantu proses
R&D dalam kedua-dua sektor berkenaan sekali gus membantu saintis
memperbaiki sistem yang sedia ada ke tahap yang lebih baik.
Apa yang pasti jika sistem serta kajian
yang terbaik dilakukan pasti hasil yang akan diperolehi juga akan berlipat kali
ganda.
Dalam pada sama, konsep asas penderia
tersebut bukan sahaja boleh digunakan pada sektor pertanian dan perikanan
sahaja malah ia juga turut boleh digunakan untuk memantau keadaan alam sekitar.
Konsep yang penderia yang sama juga boleh
digunakan untuk mengesan kehadiran bahan-bahan pencemaran sama ada di sungai,
air bawah tanah mahupun udara.
Melalui data yang diperolehi menerusi
penderia yang dihasilkan, para penyelidik juga mampu mengesan kewujudan
bakteria, bahan-bahan toksik dan tercemar.
Malah, ia juga boleh digunakan untuk
memantau unit penyimpanan bahan makanan, buah-buahan serta sayur-sayuran.
Penderia Mi-MSAN TpH, lahir daripada
program Ubiquitous NEMS-based Sensor Network and Solutions yang diwujudkan oleh
MIMOS bagi meningkatkan daya saing teknologi secara sihat dalam negara.
Program tersebut terbahagi kepada tiga
bahagian utama iaitu jangka masa pendek, pertengahan dan panjang.
Bagi program jangka masa pendek, MIMOS
menumpukan perhatian kepada usaha mewujudkan sistem pendigitalan di bidang
pertanian.
Objektifnya adalah bagi menambah baik
hasil keluaran sama ada di bidang agrikultur mahupun akuakultur seperti
buah-buahan, sayur-sayuran, haiwan ternakan dan perikanan.
Manakala bagi jangka masa pertengahan,
program tersebut mampu menaik taraf proses dan sistem pemantauan pencemaran
alam sekitar, air, udara dan juga tanah.
Selain itu, menerusi program yang sama,
proses pemantauan boleh dilaksanakan secara automatik.
Kebaikan program Ubiquitous NEMS-based
Sensor Network and Solutions adalah di bidang kesihatan.
Sistem itu membantu serta memperbaiki
sistem pemantauan kesihatan sedia ada dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan
perubatan menerusi pemantauan kesihatan setiap individu.
Teknologi juga dicipta agar lebih mudah
diatur gerak bersama sistem pengurusan yang lebih cekap.
Secara umumnya, bidang teknologi
penderiaan yang sedang dibangunkan oleh MIMOS kini bakal merangkumi kehidupan
seharian masyarakat sama ada dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa.
Dalam menjadikan program tersebut realiti,
MIMOS kini sedang membangunkan pelbagai jenis penderia lain yang memiliki
pelbagai kegunaan.
Antaranya, penderia kelembapan berstruktur
nano (Nanostructured Humidity Sensor) yang merupakan gabungan beberapa bahan
nano yang sangat sensitif kepada kelembapan.
Teknologi tersebut dilihat amat sesuai di
gunakan dalam bidang agrikultur, alam sekitar dan kesihatan.
Seterusnya penderia bagi mengesan tahap
kelarutan oksigen (DO) yang mana boleh digunakan dalam proses pemantauan bidang
akuakultur dan kesihatan.
Mengunakan kaedah elektrokimia, penderia
larutan oksigen dilengkapi elektrod platinum (Pt) dan perak (Ag) bagi
memudahkan penderia mengesan kehadiran larutan oksigen.
Antara penderia lain yang turut dicipta
adalah pengesan larutan amonia (DHM3) untuk kegunaan pemantauan sektor
akuakultur, alam sekitar, serta kesihatan.
Bagi penderia bagi mengesan larutan amonia
(DHM3), pengkaji MIMOS menggunakan kaedah penderia kimia silikon IDE.
Bagi penderia karbon diokside (CO2) yang
dihasilkan menerusi bahan nano (nanomaterial), ia juga dicipta untuk kegunaan
agrikultur dan pemantauan alam sekitar.
Terakhir, penderia untuk mengesan tekanan
darah tinggi (BP) yang memiliki sensitiviti tinggi yang dibina berdasarkan Diaphragm-based
Highly Sensitive NEMS Pressure Sensor Platform.
Teknologi yang dibangunkan tersebut akan
diaplikasikan dalam sistem pemantauan Smart Wearable Blood Pressure Monitoring
System untuk kegunaan dalam bidang kesihatan.
Penghasilan ciptaan sahaja tidak mencukupi
andai produk tersebut tidak mampu berfungsi dengan baik seperti yang
diuar-uarkan.
Terdapat beberapa penderia yang dicipta
oleh MIMOS telah digunakan dan keputusan yang diterima amat memuaskan.
Antaranya, sebahagian penderia tersebut
telah digunakan dalam kajian Sistem Pengurusan Pendebungaan Pintar (IPMS) yang
diterajui oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Tekam, Pahang.
Selain itu, penderia kelembapan tanah,
kelembapan udara, suhu, pH dan kekonduksian telah pun digunakan diladang-ladang
sayuran menerusi Sistem Pengurusan Rumah Hijau E&E Aktiviti Ekonomi Utama
Nasional (NKEA) yang terdapat di Setiu, Terengganu, Kepala Batas, Pulau Pinang
dan Tuaran, Sabah untuk kajian peningkatan hasil pengeluaran tanaman.
Apa yang pasti, menjadi salah sebuah pusat
inovasi dan R&D untuk teknologi ICT bertaraf antarabangsa, MIMOS kini
sedang berada di barisan hadapan.
MIMOS merupakan harapan negara dalam
membangunkan produk inovasi ICT sekali gus menjadi peneraju dalam
pengkomersialan teknologi tempatan yang mana mampu meningkatkan ek
Artikel Penuh:
http://utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20130121/st_02/Teknologi-penderia-MIMOS#ixzz37qHGZZiK
© Utusan Melayu (M) Bhd
Faktor-faktor yang telah disenaraikan
tentang ‘mengapakah sesetengah teknologi tidak boleh digunakan di Malaysia
secara aktif.
Faktor Yang Menghadkan Mekanisasi
Pertanian
Faktor fizikal- kawasan curam, tanah
lembut,ladang kecil dan bertaburan, kawasan terpencil.
Faktor kos– harga jentera mahal, sukar
mendapa tkemudahan kredit bank.
Faktor teknikal– kurang mengetahui
ciri-ciri jentera yang sesuai, pengendali yang kurang mahir, kurang
perkhidmatan sokongan seperti agen penyelenggaraan dan alat ganti, tiada
perkhidmatan selepasjualan.
Faktor tanaman – Pertumbuhan tidak
seragam,tempoh untuk hasil masak tidak serentak.
Faktor fizikal:
Jenis tanah
Tanah curam – kawasan pertanian di lereng
bukit,Tanah lembut dan dalam - seperti kawasan sawah di
Kerian, Perak.
Saiz ladang kecil
Tiada kemudahan jalan ladang – kedudukan
kawasan yang
terpencil.Tanah terlalu keras / melekit –
perlu penggunaan jentera
besar dan mungkin tidak ekonomik.
Appendiks
Appendik 1 : Jentera terkini
Appendiks 2 : Mimos
Rujukan
• http://www.mimos.my
(pengenalan terhadap teknologi baharu
dalam bidang memeriksa pH,pada tarikh 21/01/2013)
•
http://yusoffzaky.blogspot.com
(Gambar teknologi terkini yang boleh
digunakan di Malaysia tapi tidak terlalu aktif)
•
http://www.theborneopost.com
Utusan Borneo,Berita Sarawak
(menceritakan tentang’Jurutera bantu
aplikasi teknologi majukan pertanian negara’ pada tarikh 11/01/2014,Hari Rabu.)
.jpg)

No comments:
Post a Comment